Datuk saya adalah seorang hero kepada cucu2 nya.. kehilangan nya impak paling besar kepada kami semua.. ia masih mengejutkan kami... tidak sangka ia pergi dulu tanpa melihat kejayaan kami..
Semasa beliau hidup dengan kehidupan yang sihat, dia akan manja kan cucu2 nya... waktu kami kecil, kami akan minta beliau membeli barang seperti barang mainan, jam tangan atau sebagai nya... beliau tidak menolak kehendak cucu2 nya... walaupun beliau lambat membeli barang2 kehendak kami, tetapi beliau tetap beli juga... n bila beliau sudah membeli barang, beliau akan menyuruh kami membuat satu barisan..wah!.. memang best la kehidupan waktu kecil sewaktu datuk saya masih berambut hitam walaupun usia telah mencecah berpuluh-puluh tahun...
Beliau juga terlalu mengikut tradisi masyarakat Bisaya kerana kami cucu2 nya ramai yang jantina nya perempuan, beliau ingin mengadakan sebuah pesta yang di panggil dalam bahasa Bisaya iaitu ‘nomok telingo’ bermaksud tindik telinga.. tapi kehendak nya tidak tercapai kerana kami telah bertindik telinga di kedai... eheheh..(^_^)... Datuk saya juga suka menceritakan kisah-kisah beliau sewaktu beliau muda...selain itu, beliau juga ceritakan kisah dongeng seperti kisah naga, ular,burung dan sebagai nya...kan kehidupan orang dulu binatang nya besar2 belaka dan wujud...
Datuk saya juga mempunyai sikap penyayang..sewaktu kami kecil tinggal di kampung kerana bapa saya pergi ke kerja di tempat yang jauh, dan waktu itu juga saya dan adik saya kedua demam panas.. beliau menjaga kami tanpa tidur sepanjang malam... beliau memang risau dengan keadaan kami..beliau akan mengelap badan kami dengan kain yang suam.. seperti biasa kalau sudah nama nya demam, memang muntah nya tidak dapat lari.. jadi saya dan adik saya memang muntah kalau minum susu kerana perut masuk angin..d an datuk saya akan mengelap muntah kami.. beliau terlalu sayangkan cucu-cucu nya....
Dan pada hari Easter Day dalam bulan 4 tahun 2010, beliau telah menebus nafas nya untuk selama-lamanya... dan beliau menebus nafas nya di depan mata saya...aduh.. bertapa sedih nya saya bila beliau sudah tidak ada.. beliau pergi kerana sakit tua n mempunyai penyakit paru-paru..tambah2 lagi sewaktu beliau hidup, beliau memang merokok..saya memang rindu beliau... huhuhuhhuhu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan