Yang bapa2 tu, mereka membersih bengkel kereta yang tidak digunakan lagi sejak mendiang datuk saya tak ada...s edih jugak melihat barang2 beliau disimpan... kalau beliau masih hidup,tentu beliau tidak suruh anak2 atau cucu2 beliau mengusik barang2 di bengkel kereta itu....=(.... lepas itu mereka membersihkan kawasan2 yang banyak tumbuh rumput2 yang kering...daun2 keguguran...dan sampah yang berkeliaran...selepas itu mereka membakar nya..... Sesudah mereka membersihkan halaman rumah dikampung, mereka pun mengadakan bbQ... memang bez... sudah lama tidak berkumpul sebuah keluarga yang besar dengan gembira...
Pada 24 disember ??? kami semua yang kazen-mazen dan ibu bapa masing-masing pergi melawat kubur mendiang datuk saya...sebab ingin membersih kawasan sekeliling kubur mendiang... selepas itu, kami meletak lilin diatas kuburnya... dan kami juga ada berdoa untuk mendiang..memang saya merindui beliau..Di rumah kat kampung pun ada juga terasa kehilangan ketua keluarga yang tinggi pangkat nya dalam sebuah keluarga yang besar...sangat sunyi jugak ya....=(
Pada 25 disember ????...krimas pun dah tiba...kami sekeluarga bangun awal dan bersiap2 untuk pergi ke gereja yang di bandar Limbang....dan pada pukul 10,rumah terbuka sudah bermula..... jadi, kami pun pergi ke rumah saudara mara...memang gembira bertemu saudara yang lama tidak jumpa dan saudara jauh.. kami pergi ke rumah-rumah terbuka ni sampai la ke petang........ selepas itu, apabila dikampung pula, tetamu yang diundang memang banyak...nasib la rumah kampung saya sangat besar...eheheh.... jadi kami yang cucu ni menjadi pelayan untuk tetamu yang datang.... tapi dibahagi2 kan tugas... ada yang jadi pelayan untuk menuang air..ada yang menghidangkan kuih... selepas tetamu pulang, ada tugas yang mengutip gelas ke dapur untuk dicuci, di dapur pula ada yang diberi tugas untuk mencuci pingan2 dan gelas2 yang kotor... memang sibuk dan berkerjasama ya...eheheh.. sangat memenatkan tetapi tetap gembira...... sampai la pada 28 disember ????, kami pun pulang la ke Miri..
Memang rindu kenang di kampung...(^_^)..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan